dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk


dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan adanya dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk

(porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury telah diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan.

dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk

dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk


Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel telah dikesan mengandungi dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk DNA babi (porcine) iaitu:

1) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan

2) Coklat Susu dengan Buah Badam – Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.

KKM mengambil maklum isu pengesanan dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk DNA babi (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei.


Di dalam media sosial tersebut telah memaparkan keputusan analisis dna-babi-dikesan-dalam-cadbury-dairy-milk DNA babi (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. telah memberi jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta.

Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada label produk sebelum membeli atau memakannya.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

SHAH ALAM – Cadbury Malaysia menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius soal keselamatan dan standard halal dalam produk mereka

Cadbury turut memberi jaminan bahawa ujian itu tidak memberi kesan kepada semua produk yang dikeluarkan di negara ini.

“Kami di Cadbury Malaysia faham bahawa pelanggan kecewa dengan berita berkenaan hasil ujian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan terhadap dua produk kami.

“Kami menghargai dan mendengar segala komen serta maklum balas anda terhadap isu ini,” kata Cadbury dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak Cadbury sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kes tersebut.

“Kami faham halal penting kepada masyarakat Islam. Ia juga menjadi kepentingan utama buat kami di sini. Memastikan semua produk yang dihasilkan di Malaysia halal.

“Kami telah menarik balik semua produk terbabit iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut (dengan nombor siri 200813M01H I2 yang tamat tempoh 13 November 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor siri 221013N01R I1 yang tamat tempoh 15 Januari 2015) serta-merta.

“Kami juga menjamin bahawa semua produk lain yang dibuat di Malaysia tidak terjejas dengan ujian ini,” kata kenyataan itu lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>