makanan sehat untuk orang sibuk epal sesuai untuk wanita sibuk


makanan sehat untuk orang sibukMakanan sehat untuk orang sibuk epal sesuai untuk wanita sibuk

Makanan sehat untuk orang sibuk buah epal kaya nutrisi senang dimakan, dijadikan bahan pelbagai sajian

Kesibukan mengimbangi keperluan keluarga dan kerjaya, menjadikan wanita moden hari ini lebih menggemari makanan segera berikutan mereka tiada masa untuk menyediakan hidangan di rumah.

Penyediaan makanan segera yang kerap, akhirnya menyebabkan ramai tidak menyedari mereka mengabaikan nutrisi penting untuk kesejahteraan diri dan seisi keluarga.
Keadaan itu perlu diubah kerana pakar mendapati, kebanyakan penyakit dikatakan berpunca daripada amalan pemakanan dan pengabaian gaya hidup sihat.

Pakar perunding pemakanan, Indra Balaratnam, berkata peredaran zaman menjadikan masyarakat kurang peka terhadap pengambilan makanan berkhasiat disebabkan kesibukan yang terlalu sibuk.

Indra menyarankan, untuk menjadi sihat dan mendapatkan nutrisi penuh, kita hanya perlu memakan epal setiap hari kerana ia buah yang kaya antioksidan dan hidangannya boleh dipelbagaikan.

“Epal sesuai untuk wanita yang sentiasa sibuk kerana keseimbangan nutrisi yang terkandung dalam buah ini. Ini kerana epal boleh dimakan begitu saja selain boleh dicampur dengan buah-buahan lain atau dijadikan pai,” katanya ketika berkongsi khasiat epal bertemakan, ‘Apple of My Eye’, anjuran Suruhanjaya Epal Washington di Hotel Aloff di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tegas Indra, nutrisi sihat yang ada pada epal akan memberi kesan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri, di samping kandungan antioksidan semula jadi yang mampu memberikan awet muda, ceria cantik serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan usus dan jantung.

makanan sehat untuk orang sibuk

makanan sehat untuk orang sibuk

Penyediaan hidangan mudah
Beliau berkata, wanita tidak pernah lari dari kebimbangan memikirkan mengenai kegemukan, diet seimbang dan kaedah terbaik mengawal berat badan, sekali gus ingin mengekalkan kesihatan serta memiliki tubuh badan ramping.

“Wanita sentiasa prihatin untuk mengambil makanan yang rendah kalori, bebas lemak dan kolesterol. Mereka juga dikatakan, sanggup mengetepikan selera makan berbanding lelaki kerana tidak mahu gemuk.

“Kajian mendapati, wanita yang mempunyai berat badan berlebihan memakan tiga biji epal sehari sebagai amalan rendah kalori dan kaedah semula jadi berkesan dalam mengurangkan berat badan. Ini amat baik kerana epal mengandungi serat, potassium, vitamin A, C dan antioksidan iaitu nutrien penting untuk kesihatan jantung,” katanya.

Tambahnya, menerusi kajian jurnal kesihatan nutrisi Amerika, epal bukan hanya berkesan untuk penyakit jantung dan kardiovaskular, harganya juga murah tetapi setanding dengan khasiat beri biru serta delima.
Pelbagaikan sajian
Indra berkata, epal boleh disediakan dalam pelbagai cara sesuai untuk kanak-kanak, bayi dan sesiapa saja. Hidangan itu perlu dipelbagaikan bagi mengelakkan rasa jemu.

“Seseorang makanan sehat untuk orang sibuk perlu kreatif menyediakan hidangan epal seperti menghiasi dan mencampurkan dengan buah-buahan lain, membuat jus dan dijadikan pai. Proses penyediaannya tidak mengambil masa lama.

“Ramai orang tidak mengetahui pemakanan sihat sebenarnya lebih menjimatkan berbanding pembelian makanan ringan lain. Sebagai contoh minuman karbonat, aiskrim, snek, mi segera, nuget dan beras lima kilogram adalah RM87, sementara beras, seekor ayam, sayuran dan buah-buahan, bihun hanya RM72,” katanya.

Pada sesi berkenaan, beliau turut berkongsi makanan sehat untuk orang sibuk tiga resipi mudah menggunakan epal iaitu salad campuran, smooties cleanse dan snek kudapan kekacang. Majlis dimeriahkan selebriti, Sazzy Falak yang berkongsi panduan keibubapaan dan pemakanan hariannya.

Sementara itu, wakil pemasaran bagi Suruhanjaya Epal Washington, Eddie Saw, epal keluarannya menjadi snek kesihatan yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

“Epal Washington boleh didapati dalam beberapa jenis seperti Red Delicious, Granny Smith (paling sesuai untuk jus), Cameo, Fuji, Braeburn, Jonagold Golden Delicious dan Cripps Pink.

“Semua jenis epal ini boleh didapati di rangkaian pasar raya besar, pasar basah dan kedai buah-buahan,” katanya.

makanan sehat untuk orang sibuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>