pakaian tak senonoh Pakaian Tak Lambangkan Peribadi Saya


Pakaian Tak Senonoh Pakaian Tak Lambangkan Peribadi Saya!

Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Pakaian Tak Senonoh Pakaian Tak Lambangkan Peribadi Saya! Gara-gara mempunyai ‘aset’ besar, dia digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’, namun empunya diri tidak sedikit pun melatah. Imejnya yang seksi dan sering mendedahkan pangkal dada menjadi isu dan kontroversi yang tidak pernah jemu mendatangi dan menghambat pelakon Lana Nordin.

Walaupun sering dihimpit kontroversi dan dikutuk di laman sosial, dia menebalkan telinga. Namun sebagai manusia, ada kala dia juga hilang sabar membaca komen-komen negatif yang dilemparkan. Pertemuan di majlis santai mendekatkan penulis selain berkongsi luahan hati insan bernama Lana Nordin.

MW: Apa penjelasan tentang kontroversi yang sering dikaitkan dengan Lana?

LANA: Saya selalu mengambil positif setiap kontroversi yang melanda. Kontroversi ini bermula bila ada komen-komen negatif dan ada yang bersifat melampau.

Pakaian Tak Senonoh Pakaian Tak Lambangkan Peribadi Saya! Apa yang saya mahu tekankan di sini, kurang ajar dengan menasihati adalah perkara berbeza. Kalau tidak suka jangan ‘follow’ di dalam laman sosial atau Instagram.

Saya pula sekiranya ada berdepan komen-komen negatif yang melampau di laman sosial, saya akan terangkan dengan cara baik dahulu. Tapi kalau orang kurang ajar, saya akan berkeras. Jika dibiarkan orang akan pijak kepala kita dan saya tak mahu ia terjadi.

MW: Bagaimana pula dengan kontroversi imej seksi Lana?

LANA: Saya seorang yang menyukai fesyen. Jadi, saya pakai apa yang saya suka dan saya pakai seksi untuk diri sendiri. Tetapi saya nak tegaskan di sini, apa yang saya pakai tidak semestinya melambangkan keperibadian saya.

Saya tidak nafikan ada yang menegur penampilan saya di laman sosial tapi pada saya ada teguran itu tidak kena caranya. Kalau mahu tegur pun, apa salahnya menggunakan perkataan sopan dan beradab. Ibu saya juga pernah tegur tentang pemakaian saya tapi dia menegur dengan lembut hingga saya rasakan ibu amat menyayangi saya.

Penampulan saya hanya sebahagian daripada fesyen kerana saya suka bergaya. Tapi apapun saya masih tahu batasan saya. Tapi saya akui ssebagai manusia, saya juga tidak sempurna.

Tak pernah buat pembedahan plastik

MW:  Lana sering dikaitkan dengan pembedahan plastik atau kecantikan tiruan. Apa komen Lana?

LANA: Saya tidak tahu kenapa orang melabelkan saya seperti itu sedangkan saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik. Saya juga tidak menambah silikon pada payu dara tetapi saya melakukan pemindahan lemak dan perkara ini  sudah lama saya terangkan.

Pakaian Tak Senonoh Pakaian Tak Lambangkan Peribadi Saya! Apa yang ada pada tubuh saya adalah asli. Mungkin orang tidak percaya kerana bentuk saya yang kecil tetapi memiliki payu dara besar. Mengenai hidung pula, ia pernah patah akibat kemalangan. Bagi memulihkannya, doktor telah memasukkan tulang rawan daripada bahagian telinga ke dalam hidung untuk membetulkannya.

Lana seorang yang berfesyen. Adakah Lana suka membeli-belah?

LANA: Saya jarang membeli belah tapi bila melakukannya saya akan beli dalam kuantiti banyak. Biasanya saya lakukan itu bila membeli-belah di luar negara. Kebanyakan pakaian saya beli di luar negara kerana di sana perubahan fesyennya begitu cepat dan terbaru berbanding yang ada di Malaysia.

Biasanya saya akan kumpul duit hasil kerja keras selama setahun dan menggunakannya untuk membeli pakaian. Saya akui, ada kala membeli barang ikut hati tetapi ia masih dalam keadaan terkawal. Cuma kalau membeli-belah di luar negara kadang-kadang terlebih juga.

Satu lagi saya suka membeli-belah seorang diri. Saya rasa bebas dan senang membuat keputusan. Kalau saya membeli-belah untuk keluarga pula, saya suka beli pakaian sedondon. Itu memang kebiasaan kami sekeluarga.

Sedikit perkongsian daripada Lana Nordin mengenai dirinya, namun selebihnya MW paparkan menerusi majalah keluaran 1570 yang sudah ada di pasaran, yang mana Lana berkongsi rahsia kecantikan dan menyatakan ciri-ciri lelaki yang jadi pilihannya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title="" rel=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>